Wednesday, 28 June 2017

Publishing

  BUKU STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
   
  Buku ini menyediakan maklumat asas tentang beberapa strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan penyelidikan kepada guru pelatih dan pendidik bagi membolehkan mereka membuat pemilihan berinformasi dan/atau pengadaptasian bagi mengajar dengan berkesan. Buku ini dengan jelas memperincikan setiap strategi dan kaedah termasuk kebaikan, cara pelaksanaan, cabaran dan cadangan cara mengatasinya, dan penaksiran yang sesuai dijalankan. Cara melaksanakan strategi dan kaedah disertakan dengan carta alir bagi memudahkan lagi pembaca memahami bagaimana melaksanakan strategi dan kaedah tertentu. Terdapat sebelas jenis strategi dan kaedah yang berbeza yang rata-rata mempunyai ciri kreatif dan inovatif yang mementingkan penglibatan aktif dan pembinaan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar yang sangat diperlukan dalam membina modal insan abad ke-21.
   
    Untuk pembelian buku ini boleh didapati di:
    PEJABAT AM BAHAGIAN PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN KUALITI (BPAQ)
Aras 3, Bangunan Canselori,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-450 5011/6457/6458  Faks : 09-459 4645
     
    ATAU melalui pos sila isikan borang dan kembalikan borang tersebut bersama pembayaran dalam bentuk cek/bank deraf/wang pos di atas nama BENDAHARI, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS seperti di pautan berikut :
    BORANG PEMBELIAN BUKU STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
  
    MODUL KAJIAN TINDAKAN
 

Modul Kajian Tindakan dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti (BPAQ). Ia diharap dapat memberi pendedahan kepada semua ahli akademik di Universiti Pendidikan Sultan Idris khususnya kepasa semua yang berminat menjalani penyelidikan berbentuk kajian tindakan.

 

Kandungan modul ini meliputi 7 unit iaitu:
Unit 1 : Pengenalan Kepada Kajian Tindakan
Unit 2 : Proses dan Prosedur Kajian Tindakan
Unit 3 : Refleksi Dalam Kajian Tindakan
Unit 4 : Proses dan Kaedah Pengumpulan Data Dalam Kajian Tindakan
Unit 5 : Proses Penganalisaan Data Dalam Kajian Tindakan
Unit 6 : Kertas Cadangan Kajian Tindakan
Unit 7 : Penulisan Laporan Kajian Tindakan


Di dalam modul ini juga disertakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan bagi membantu kefahaman pengguna modul.
Untuk pembelian buku ini boleh didapati di :


 

 




INTERNAL LINKS

  

  

 

CONTACT US

Contact us:
Department of Academic Development & Quality,
Level 3, Chancellory Building,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: +6 05-4506457/ 6458
Fax: +6 05-4594645

SOCIAL MEDIA